Nasi Jagung dan Anak Beranaknya.

*entry hari ini lebih panjang dari biasa*

Tada.. harini chef memasak makanan kegemaran chef. hehe.
sebenar nye tak susah pun kalau kite menggunakan bahan2 yang mudah di dapati. 
yang penting sebelum masak, sila selongkar gobok dan esbok anda.
pastu suai padan kan apa yang boleh di buat.. =)



Menu hari ni adalah

nasi jagung
ayam masak merah
pajeri terung
acar timun

nak resepi tak? semua ingat masak macam ni susah.. tapi sebenarnya 
ini yang paling senang tau.
sy lagi rela masak macam ni hari2,
dari masak lauk pauk. 
terutama yang bersantan, renyah..
ecehhh cakap macam pro je. padahal tiap kali masak call mak tanya macam mana,
macam mana.. sampai mak kata, tiap kali nak masak je call, 
tulis la lain kali..
padahal, cer tanya hari2, mesti mak bagi resepi berlainan.
so kena la call untuk uptodate resepi terbaru. ye tak?
haha..

tanpa membuang masa, mari kite teruskan.
sebelum tu.. sebenarnya tujuan sy tulis ni sebab senang untuk rujukan sy pada masa akan datang.
tau2 jer lah sy paling susah nak ingat resepi... tulis kat buku sampai dah naik lunyai asyik selak...
gegegege.

Menu utama
Nasi jagung

bahan2..
beras sudah semestinya
bawang merah, putih, halia di blend
minyak kesukaan -sapi/ biasa /jagung/olive/ planta
4 sekawan- pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang
jagung tin (jenis seketul2)
air mencukupi
garam
susu cair sikit (tak suka tak yah bubuh)

cara2nya..
1. tumis bahan2 yang telah di blend beserta 4 sekawan tadi sampai harum subur di hati.
2. masuk kan beras yang telah di basuh bersih.
3.kacau2, masukkan jagung sesuka hati. jangan letak terlampau banyak. agak2.
4.masukkan air, susu dan garam. boleh jugak kalau nak letak daun pandan kasi wangi. (kali ni tak buh susu sebab sayang wooo, bukak setin, guna tak sampai suku. pastu lebih simpan nye simpan sampai rosak. tapi kalau buh susu lagi sedap, rasa gebu2 je nasi tu.. )
5. tanak sampai masak,pastu kacau. 
6. siap sedia untuk di makan.

tips tak nak kasi nasi jelatah, dah menggelegak dan kacau, tutup dengan kertas surat khabar pastu baru letak penutup. makcik sy ajar. tp selalu pakai wrapping tu je pun boleh.

Menu ke 2

Ayam masak merah merah delima, putih putih melati

bahan2 nya
ayam yang siap goreng dengan garam kunyit
cili kering, bawang merah, putih , halia, lengkuas blend siap2 
( jangan stress kalau tak de lengkuas, tak ade pun tak apa, ada lagi sedap. haha)
4 sekawan -pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang ( mak tak bubuh, mak mertua bubuh)
serai di ketuk
sos cili
garam, gula
bawang besar potong bulat
kacang peas tin (jika ada /suka)

cara2nya kacang mak enon.
masak macam biasa. semua orang tahu masak sambal.. hahaha.

Menu ke tiga

Pajeri terung

bahan2 nya
terung siap di belah
bawang merah, putih, udang kering  blend kan xyah halus mulus sangat.
serbuk kari secukup rasa
4 sekawan- pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang
kerisik
air
garam 
gula, kasi manis2 sikit

cara2nya
1. tumis bahan blend, 4 sekawan rama-rama
2. masuk kan serbuk kari, kacau lagi sampai garing,
3.masukkan air, terung
4.bila dah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula.
5.siap


Menu terakhir

Acar Timun

bahan2 nya tertakluk pada apa yang ada
timun
carrot
tomato
bawang merah 
cuka 
gula

caranya2,
1. hiris semua nya memanjang.
2. kacau cuka dan gula ,kemudian curahkan dalam campuran tadi
3. biarkan seketika kasi meresapi 1 sama lain.
4. siap

amacam? senang kan. tak banyak bahan pun, jadi marilah kita rajin2 ke dapur untuk memasak demi ke amanan perut kita sendiri.. .. .. 


p/s: sila rujuk resepi google,  untuk mendapat resepi dengan ketepatan bahan2 yang betul.. sejak akhir2 ni sy masak main campak2 je.. keh3..




yum yum yum.. pinggan pun kasi tukar guna acoroc, baru terasa macam makan kat kenduri,. baru lah selera bleh tambah 3,4 kali.. heehe..


okeh, bye. chef nak tutup dapur selama 3 hari semperna hari merdeka ni...
chef nak pergi bercuti. wuhuuuuuu.

SELAMAT HARI MERDEKA~!!
Merdekakanlah diri anda dari di jajah dengan sifat malas yang tak berketepian. chewaah..



Menu hari ini 28/8/2014

menu pilihan hari ini di sesuaikan dengan apa yang ada di dalam esbok (orang johor panggil ni. tapi ai still maintain panggil petiais uolls) adalah:

asam pedas ikan pari
sawi taiwan sos tiram
jeruk maman 

sy tau resepi ni semua orang terel.
 tapi nak share jugak versi sy yang malas giler babeng. 
dan sy memang jarang buat benda yg susah atau 
bende yang remeh temeh atau terlalu banyak bahan2
sebab tahap kerajinan sy memang terhad. hehe.
jadi sesuai sangat la resepi2 ini untuk orang yang tak berapa rajin macam saya,.
*clapclap


Menu pertama:

Asam Pedas Ikan Pari.

bahan2nya

cili kering 
bawang besar
bawang putih
halia 
belacan
buah keras (takde pun takpe) 
= blend kan kesemuanya sekali. 
daun kesum
bunga kantan
watak utama jangan lupa ikan si paripari
watak sampingan bendi /tomato/ terung
air asam
garam dan pak aji

Cara2nya..

1.Tumis bahan2 yang blend tadi hingga pecah minyak,
2. kemudian masukkan ikan, kacau2 sikit.. masuk kan daun kesum dan bunga kantan.
3. masukkan air asam secukup kepekatan yang di kehendaki.
4. dah menggelegak masukkan watak sampingan, garam dan pak aji
5. siap, bleh makan dengan nasi putih..

masa makan kat kedai asam pedas kat kulaijaya, asam pedas dia pekat dan masam giler... 1st time rasa sepure macam tu. so kalau tak suka masam, letak sedang2 je... pastu kalau cili tak cukup pedas, bleh tambah lada hitam tumbuk, tak tau la johor ke melaka style.tapi sedap..

menu ke 2

SAWI TAIWAN SOS TIRAM

bahan2nya,

Sawi taiwan atau ape jenis sayur yang comel2 tu
ikan bilis/ udang kering
bawang putih
sos tiram
garam gula

cara2nya,
1. tumis bawang putih dan ikan bilis yang telah di tumbuk, 
2. masuk kan sayur, dan air sikit,
3. masukkan sos tiram , garam dan gula.. 
4. nak cantik, buh hirisan cili merah. kasi kaler2 sikit.
5.siap......

menu ke 3

JERUK MAMAN

bahan2nya,

Jeruk maman ready made beli kat pasar dalam semangkuk
ikan selayang atau ikan kembung goreng sekor
cili api beberapa batang

cara2nya,
1.tumbuk ikan goreng, buang tulang dulu ye
2.cili tu sukehati nak sebiji2, atau potong, atau tumbuk.
3.gaulkan semua sekali. siapppp..

jeruk maman ni 1st time makan, sebab selalu nampak kat pasar.. bila nak beli je suami kata tak yah sebab tak makan. tapi last week tak pergi dengan dia, so boleh la beli... notbad la rasa dia... ^_^
okeh, dah boleh gi masuk dapur masing2... 

SELAMAT MEMASAK....








Puding Karamel Lapis Coklat


tada.. selamat pagi...
harini nak share resepi dessert yang di buat petang semalam..
gara2 terliur dengan kawan sekolah pos dekat fb dia..
resepi ni dia ambil dr blog dia 

puding karamel ni salah 1 kegemaran sy.. sejak dari zaman sekolah lagi dah pernah cuba buat sendiri.. cuma lepas kahwin ni suka nau google resepi cari yang terbaik..
dah macam2 jenis resepi pernah cuba. walau kadang2 ada yang tak seperti di ingin kan.
tapi resepi ini salah 1 yang terbaik.

jom kita semak resepi copy and paste ni.

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan A
1 tin susu cair (375 ml)
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

2 s/b tepung kastad

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
2 s/b tepung kastad
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu-kite guna 5 s/b gula. suke karamel manyak2. 



Cara-caranya...

1.Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
3.Panaskan periuk kukusan-kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C.saya guna pengukus atas dapur.
4.Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5.Sebelum masukkan adunan B,goreskan sedikit bahagian atas permukaan lapisan A yang sudah masak tadi sedikit dengan sudu garfu.maksudnya nanti lapisan A dan B akan melekat antara 1 sama lain,kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6.Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.-kite buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan. nak buat 2 adunan pon boleh.
7.Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
8.Potong dan hidangkan.boleh tahan 3 - 4hari dalam peti ais.


TADAAAA... Keratan rentas puding... yum3... sedap makan sejuk... laju je masuk anak tekak...

Tergoda tak? tergoda tak??? =)


SELAMAT MENCUBA..... 

Mee Bandung Muar Resepi Sejati.


kalau sy nak jadi blogger masakan boleh tak? rasa2 ok tak? hehe... baru lah berkesesuaian dengan imej surirumah tangga sy kan? haha...

Resepi pertama di blog ini.. Jeng.. Jeng.. Jeng... take noted ye bukan resepi pertama asli dari ku,, resepi ni copy and paste.. memandang kan tadi ada orang pm dekat facebook bertanya  berkenaan dengan menu makan malam hari ni.. maka ku panjang2 kan resepi ini, kerana memang sedap, tak rugi mencuba...



Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina

Bahan-bahan untuk kuah:

Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut



segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya 
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional 


Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)

Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye. 



Nota Cik Bahgia: (ececeh nak jugak)  tambah sekeping atau dua biskut marrie ke dalam kuah untuk pekat  kan nya. ni makcik yang berasal dari muar ajar. blend kering biskut, kacau dgn air sikit, baru masuk kan dalam kuah. rasa manis lemak2 gitu... 



Selamat Mencuba.. =)

new days has come~!

assalamualaikum w.b.t,

jangan terkejut ye bila semua entry hilang dari radar. sy memang private kan kerana sy rasa malu dengan penulisan sy yang lama yg tidak begitu matang serta memkinzir buta ja, maklum lah tulisan budak bawah umur (yeke?) haha.

buat masa ini sementara nak tapis 1 per 1, lebih baik kalau sy private je dulu kan.. nanti bila ada masa terluang sy akan terbit kan semula mengikut kesesuaian blog.. walau pun dah lebih 5 tahun berblog, sy masih mencari hala tuju penulisan sy..serta ingin mengubah tulisan supaya lebih mudah di fahami dan bersifat umum,..

jadi.. selamat datang ke blog baru ini... nantikan entry terbaru dari sy,.. hehe.

bye~!