12-09-2014 balik ke Pasir Gudang

Bismillahirrahmanirrahim...

*harini ai nak buat maraton entry, dari hari jumaat hingga ahad*
hehe..

Jumaat yang lepas , lepas suami pulang dari kantoi, ya kami mau pulang ke kampung halaman yang indah permai, lagiin ada sawah bendang, ikan berlumba2 di kolam, kebuh buah2an tempatan, mau panjat pokok,... (taktaktak.. tipu je.T_T akibat terlebih makan , kepala pun tingtong.. bahaha)


ok kite mula balik...

Jumaat yang lepas , lepas suami balik dari kerja, kami bergegas balik ke pasir gudang , rumah kakak ipar, sebab nak menguruskan banyak perkara pada malam itu, dan pagi seterusnya, sebelum, balik ke Batu Pahat di kampung bapa mertua di Parit Kuda untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami iaitu anak saudara kepada bapa mertua, kemudian balik tu nak singgah ke rumah abang ipar iaitu abang kepada suami, kerana ingin melawat biras baru beberapa hari lepas bersalin newborn baby. dan terus pulang ke muadzam pada hari semula, untuk menghadiri majlis perkahwinan di sini dan suami ada duty wardan pada malam tersebut (yakni malam ini)

alkisah nya tersebut, sedikit sejarah asal usul..
 rumah kakak ipar tu bukan kampung halaman, kerana kampung halaman terletak di Felda Tenggaroh 2, Mersing... tapi sejak mak mertua kene buat dialisis buah pinggang, mereka pun menetap di pasir gudang... lepastu kampung halaman punya kampung halaman iaitu di Batu Pahat.. di mana, kampung bapa mertua di Parit Kuda, dan mak Mertua di Minyak beku...

banyak tak tempat harus di tuju? heheh..
yang ku tau kampung ku tercinta di Kampung Cheras Baru tu 1 je, di mana tempat kediaman rasmi ibubapa ku... memandangkan kampung ke belah2 ibubapa ku telah tergadai (bak kata emakku), maka sudah lah lama tidak berkampung halaman... 

ok, tutup sejarah...




haruslah kemana2 dengan berselfie di dalam kereta, kerana bila di luar kereta, amatlah payah untuk bergambar berdua,. makanya, bila di dalam kereta, tiada siapa boleh meloncat dari tingkap kereta untuk mengelak bergambar.. heeee..

kononnya, lepas kerja tu zupppzappp nak terus balik lah kan.. tapi kita hanya merancang, dan sebaik2 perancangan dari Allah S.W.T jua... kul 5 lebih jugak lah bergeraknya....



kerana perut sudah berkeroncong untuk ana, kami pun singgah di kedai makan dekat tepi jalan di bandar mersing.. encik suami, memang tak berapa nak singgah kedai2 makan tepi jalan yang tak di ketahui asal usul nya... kedai ni, masa konvoi pindah beramai2 dari tempat barang lama jangan di kenang, kalau di kenang meranalah diri.  , kitorang berhenti mengeteh kat sini.. so macam best la.. jadi memang pasang niat setiap kali lalu nak singgah.. tapi setiap kali nak singgah, perut macam kenyang kan.. jadi lepas 4 bulan lalu lalang, barulah terasa lapar...

sup dia sedap, tapi nasi goreng kampung dia amatlah mendukacita kan... haaa... saiya dan sayur berpisah tiada.. amat berduka nestapa lah saiya apabila hanya menjumpai 1/2 dari sehelai daun kangkung dan sekerat dari batang sayur kangkung.. itupun, saya umpama mencari peti harta karuuuunnn... mustahillah kalau tukang masak saja2 masukkan banyak tu je kan...

tapi tak pa... rezeki dia, dan tercatat rezeki saya hanya itu saja...



kemudian kami membawa kereta selaju2nya untuk ke tempat yang di tuju... kami membawa bersama2... pelik kan? macam ada 2 setering pula... suami membawa, manakala saya membrek... hahaha... tapi brek kaki saya tak makan, tetap terlaju juga... T_T

motif gambar di atas adalah, saja2... maklum lah lama tak cuci mata.. asyik tengok suami sendiri je seminggu ni.. jadi teringin lihat kejadian ciptaan Allah yang lain pula.. heheh

tepat pukul 9.45 malam sampai ke jusco terbrau... haaa sungguh risau kalau2 kedai ni tutup.., tak berbaloi datang dari jauh..  hehe.. (macam lah niat memang nak ke situ je kan..)

nasib sempat... membeli seluar suami.. kenapa saya yang beria2.. kerana.. kalau suami dapat beli apa yang suami hendak beli, kan lebih gembira selepas itu untuk mendapatkan habuan buat isteri pula...
mujur... dapat lah jua untuk saya, melebih apa yang di idam kan... heheheh...

tapi terjadi pulak 1 peristiwa yang tak menyenangkan hati masa kat jusco..
beli baju suami, kat situ tulis ade sale 50%...  bila bayar , takda.. katanya ni stok baru.. padahal contoh baju tu kat ruangan sales... rupanya, dah bercampur.. salah kastemer ke terambik? pastu beli stokin 2 helai, ade sale 10%.. yang sehelai tu dia tolak sale, yang lagi 1 tak... dah jauh baru perasan..
stokin tu rugi 1.29sen je.. suami malas nak patah balik...

ikut hatiku gerammm... nasib ai dah dapat 5helai baju... jadi.. ku diamkan je.. hahaha...

Tiada ulasan: