#Cabaran 30 Hari : Hari 5 , 6, dan 7..

-hari 5: 3 perkara yang ingin anda katakan kepada bekas kekasih-

tanpa berfikir panjang atau tanpa perlu berfikir apa... ingin saya katakan..

  1. tiada apa harus saya cakapkan lagi
  2. tiada apa harus saya katakan lagi
  3. tiada apa harus saya ingatkan lagi
segalanya telah berakhir, dan tiapa apa harus di kenang lagi.. berbahagialah dengan hidup kamu selagi kamu hidup...

-hari 6:  apa yang anda makan hari ini?-

banyak giler yang di makan tadi... tak tersenarai.. hehe acah je..
tulis je boleh? tak sempat nak snap2 gambar. kebulur oiiii...

  1. megi goreng sepinggan
  2. nasi lauk udang butter dengan masak lemak pucuk paku sepinggan
  3. kek coklat sepotong besar
  4. nasi lauk udang butter dengan masak lemak pucuk paku lagi sepinggan
hahaha...

-hari 7: sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda-

berat soalan ini..

kerana saya salah seorang yang mengaku gagal sebelum berusaha..
dan masa remaja saya berlalu dengan sia2. 
saya bukan pemegang status diploma atau ijazah..
T_T
sebenanya bagi saya pendidikan amat lah penting dalam mengubah kehidupan masa akan datang..
tapi rezeki Allah S.W.T..
siapa yang tahu,,
mungkin saya gagal dalam pelajaran, mungkin Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk hidup saya..
jadi walaupun kite berjaya, jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang tidak punya apa2 ok?

*wink2

Tiada ulasan: