Selamat Hari Jadi, Malaysia!

Selamat Bercuti, Warga Malaysia.. 
(itu yang sebenarnya.. hehe)

bertapa bersyukurnya di lahirkan dan di besarkan di bumi yang sungguh bertuah,
walaupun banyak peristiwa terjadi kebelakang ini,
kite amat bertuah, hidup di negara yang aman damai ini..
yang masih kita ke sana ke sini dengan bebas,
menghidu udara dengan percuma,
boleh duduk menikmati secawan kopi dengan tenang..
apa lagi yang kita mahukan? selain dari asyik mengomplen je keje nya...

hehe..

hari ku bermula seawal pagi.. tapi seperti biasa, selepas subuh, masih menarik selimut...
haa, 7.30 suami dah kejut.. lapar katanya..

*gambar*

dan seperti biasa di hari cuti, ke kedai wak di hujung jalan sana, menikmati sekeping roti...

dan harini ini tiada apa yang menarik... selain dari berjaya membuat kek coklat yang sedap...
harapannya ingin berbisnes kecil2 lan.. tidaklah mengharapkan keuntungan.. cuba ku ingin berbuat sesuatu dari terus berduduk diam sambil menghadap talipon.. haa.. lebih baik ku cari sesuatu untuk membzkan diri... 

tengah hari ke petang cuma makan kek coklat.. aduhai kasihan suami...  tapi kemalasan lebih ku kasihankan.. hehehe... 

petangnya keluar sekejap, untuk mencari barang buat tampal frame ayat suci Al-Quran yang dah lama di beli.. ingat nak terus keluar makan.. tapi masa amat mencemburui... azan berkumandang.. dan terus balik ke rumah...

suami cuma meminta untuk di masakkan maggie.. oklah, nasib stok maggie ade tinggal dua bungkus lagi.. itupun di beli 2 bulan lepas tak abis lagi..lepas ni, nak beli mee segera jenama apa lagi yang sedap? sejak memboikot barang2 yang bersekutu dengan israel.. banyak jenama yang telah di tuka... milo dah tak ku beli lagi... colgate yang telah sebati sejak kecil pun telah ku tukar... dan lain2 .. hrap2 berterusan.. 

next entry akan ku kongsikan resepi kek coklat yang ku cuba tadi.. sekarang nak share resepi maggie versi suami ku...  

*gambar*

MAGGIE ASAM LAKSA TUMIS DAN TELUR GORENG

bahan2,
maggie sepeket ( jika guna maggie kari, tambahkan sesudu serbuk kari)
sayur sawi agak2
barang putih, merah sebijik di hiris
ayam/daging/ apa2 je binatang ternakan
telur sebijik
air 1 mug

cara2,
1.goreng telur seperti biasa, masukkan dalam mangkuk.
2.tumis bawang merah, putih hingga layu,
3.masukkan perencah... kacau sentiasa supaya tak hangus... sampai garing dan naik bau sedapppp..
4.masukkan ayam, kalau daging, elok rebus asing dulu..
5.masukkan air, menggelegak.. mee maggie dan sayur..
6.rasa, kalau nak cair lagi, tambah air..
7.masukkan dalam mangkuk berisi telur tadi..
siap..

enak di makan bersama sos cili dan mayonis sikit..

pelikkan resepi, tapi sedappp... selamat mencuba...


p/s: masih tak boleh masukkan gambar.. akan di letak kemudiaan...

1 ulasan:

Fajar berkata...

artikel bagus
enak untuk dibaca
dan juga Bermanfaat



ngasih info kalo cari sepatu coba mampir
Pusat Sepatu Bagus