#Cabaran 30 Hari : Hari 5 , 6, dan 7..

-hari 5: 3 perkara yang ingin anda katakan kepada bekas kekasih-

tanpa berfikir panjang atau tanpa perlu berfikir apa... ingin saya katakan..

  1. tiada apa harus saya cakapkan lagi
  2. tiada apa harus saya katakan lagi
  3. tiada apa harus saya ingatkan lagi
segalanya telah berakhir, dan tiapa apa harus di kenang lagi.. berbahagialah dengan hidup kamu selagi kamu hidup...

-hari 6:  apa yang anda makan hari ini?-

banyak giler yang di makan tadi... tak tersenarai.. hehe acah je..
tulis je boleh? tak sempat nak snap2 gambar. kebulur oiiii...

  1. megi goreng sepinggan
  2. nasi lauk udang butter dengan masak lemak pucuk paku sepinggan
  3. kek coklat sepotong besar
  4. nasi lauk udang butter dengan masak lemak pucuk paku lagi sepinggan
hahaha...

-hari 7: sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda-

berat soalan ini..

kerana saya salah seorang yang mengaku gagal sebelum berusaha..
dan masa remaja saya berlalu dengan sia2. 
saya bukan pemegang status diploma atau ijazah..
T_T
sebenanya bagi saya pendidikan amat lah penting dalam mengubah kehidupan masa akan datang..
tapi rezeki Allah S.W.T..
siapa yang tahu,,
mungkin saya gagal dalam pelajaran, mungkin Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk hidup saya..
jadi walaupun kite berjaya, jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang tidak punya apa2 ok?

*wink2

Butter Prawn Kena Sakit Kuning

hem hemm hemmm...




*bangga sekejap... sambil kembang kempis kan hidung...

hihi... butter prawn ai menjadi uuuu...
 1st try masa duduk kat serawak..tapi failed... 
terus surat amaran berwarna merah di keluarkan.
" jangan buat lagi, abis udang aku.. dah la mahallll"
hihi...acah je.. masakan mau berkirak samak itu udang...  =p 

kali ni rasa aghhh sedapnya.. dah la cantik..
rasa taknak makan, nak buat hiasan je atas meja..

tanya en suami boleh buat lagi tak, bila dia kata boleh.. maknanye sedap la kannnn... yippiiiii


tengoklah kene sakit kuning... pepandai buh serbuk kunyit masa goreng udang... hahaha...
ingat nak buat step by step jugak tapi ade part yang ter tinggal..
jadi kite buat guna jalan mudah.. iaitu ada di bawah... heeee


resepi ambik dari sini blog  kak mai, ex officemate en suami masa dekat Pasir gudang..
yang best siap ade gambar 1-1 cara2nya...
ikut je bulat2.. kalau tak pandai jugak, sila ketuk kepala guna anak batu.. hihihi...

bawah ni ai memang copy paste abis sebab senang untuk rujukan sendiri.. mane lah tau blog kakmai hilang dari radar lagi kan... menggagau aku carik resepi dia.. hahahah... jangan marah heeeeerrrr....



Bismillah
Hi!!
Hari ni saya nak kongsi satu resepi yang menjadi kegemaran semua 
orang dalam rumah ni lebih2 lagi anak bujang saya....ya ampunnnn....
suka betol dia kalau saya masak manu ni.

Sebenarnya ada dua cara untuk masak udang butter ni...
.satu yang berkuah dan satu lagi tak ada kuah....
saya lebih suka masak yang berkuah sebab anak dara saya
 suka lauk yang berkuah...
kalau tak ada kuah macam putus selera anak dara saya nak makan...
kesian kan?

 Okie ini bahan2nya:
Udang
cili padi
bawang putih
daun kari
lada sulah
garam
daun kari
minyak masak
butter
kuning telur
susu cair

Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. 
Biarkan seketika

Mula2 kita buat dulu serdak telur kuning dulu....erk...serdak ya namanya...
belasah je lah labu....
Ambil kuali. Masukkan minyak dan butter. Panaskan minyak.

kacau kuning telur hingga sebati

bila minyak dan butter sudah panas...masukkan telur kuning. 
pastikan guna api sederhana. sambil masukkan kuning telur sambil 
kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik....proses
ini kena menggunakan kedua2 belah tangan.

kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan....jangan terbang minyak dan 
telur sudah....

bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti ini. Serdak tu akan
terapung kalau dah masak.

angkat dan toskan

gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang

goreng udang separuh masak sahaja

angkat dan toskan

yang ni untuk buat kuahnya.
tumbuk cili padi dan bawang putih

masih menggunakan minyak tadi

tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari

masukkan setengah cawan susu cair

masak sampai mendidih

masukkan udang tadi


masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam ya. 
Siap!!

Bubuh dalam pinggan cantik. Taburkan serdak telur tadi dan hidangkan!!!! 
senang kan...Cubalah

TATA!